Bercerita Bersama Nurul

Kemungkinan Doa Tidak Dimakbulkan Allah


Berdoa adalah suatu yang mempunyai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya ia dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang muslim perlu memahami konsep "Iyya Kana'budu wa iyya kanas taen" yang bermaksud kepadaMu aku sembah kepadaMu aku memohon pertolongan. Jelas dalam maksud ayat ini bahawa kita hendaklah sentiasa berdoa melalui ibadat tanpa mengira masa senang atau susah dengan pemuh pengharapan kepada Allah S.W.T. Oleh itu ada beberapa kemungkinan doa itu tidak dimakbulkan Allah, iaitu : 
1)    Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah 
2)    Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon. 
3)    Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber yang haram. 
Ingatlah firman Allah yang bermaksud :  
"Janganlah sesekali kamu berputus asa dari rahmat Allah sesungguhnya orang yang berputus asa adalah dari golongan zalim".

firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :  
" Perkara yang kamu benci boleh jadi ia baik bagi kamu dan perkara yang kamu suka ianya boleh jadi buruk bagi kamu. Ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui".

Lama Tak Update


Hai u all semua lama gila tak update blog rindu siot kat blog nie.Tapi ary tu nak update dah lepas tu tak jadi sebab terlalu buzy dengan study.Hari tu mia ade terbaca entry akak nie pasal satu segmen nie tajuk dia sapa paling bijak memangnya semua orang tu bijak la kak jadi mia nak la kongsi segmen tu dengan korunk semua



Syarat-syaratnya :

  • jawab semua soalan yang ditujukan
  • jawapan yang diberi mestilah semuanya daripada diri sendiri
  • buat entry pasal segmen ini dan sertakan dengan jawapan
  • jangan lupa tinggalkan link entry di kotak komen

Hadiah bagi segmen ini ialah :
  • header buatan Nurul walaupun tak secantik yang lain
  • promotion blog korunk semua 

 soalannya ialah : 1. Pemain paling suka meludah di padang  
2. Pemain paling suka makan lepat3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis4. Pengurus pasukan yang suka berlari5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong6. Pemain bolasepak yang juga kawan baik Batman7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil9. Pemain yang main bolasepak dan biola10 .Pemain bolasepak yang paling manis11 .Pemain yang selalu terluka di padang

credit : Kak Nurul 
 
Template Edited By Sharifah Amna ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011